Mahkamah | Lelaki menangis, didakwa hempuk bapa dengan topi keledar

2023-01-19 0

Tindakan seorang lelaki memukul bapanya menggunakan topi keledar sehingga cedera kerana berang disuruh berdikari, membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

Tertuduh, C. Kaviarasan, 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.